Pokok Tomato


Buah Tomato

Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagaisayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika TengahSelatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu. Bunga tomato bersaiz 1–2 cm diameter, kuning, dengan lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali.Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan. Saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular.
Perkataan tomato berasal dari istilah NahuatltomatlNama spesifiknyalycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang, serta beberapa spesies beracun.
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. [perlu rujukan] Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar[perlu rujukan] daripada badan ketika berdiet.

Jenis-jenis tomato


Terdapat pelbagai jenis tomato (lebih kurang 7500 jenis) yang terdapat di seluruh dunia. Heirloom tomato atau tomato tradisional merupakan jenis tomato yang bukan hybrid. Di UK jenis ini lebih dikenali sebagai heritage tomato. Tomato jenis ini lebih popular kerana terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna. Contohnya, variety Brandywine, Green grape, dan Cherokee purple.

Tomato untuk kesihatan

1) Melancarkan Sistem Pencernaan – Tomato mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ianya amat sesuai untuk melancarkan sistem pencernaan badan kita.
2) Memperkuatkan Tulang – Buah tomato juga ada kandungan vitamin k yang tinggi yang mampu mencegah osteoperosis.
3) Mencegah Penyakit Kencing Manis (Diabetes) – Tomato membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah
4) Menjaga Kesihatan Mata – Sumber vitamin A yang terdapat dalam buah tomato membantu menajamkan penglihatan dan merawat kesihatan mata.
Khasiat Tomato Untuk Kecantikan
1) Mengecilkan liang pori – Jus tomato yang disapukan pada wajah boleh mengecilkan liang-liang pori.
2) Menurunkan Berat Badan – Amalan meminum atau memakan tomato dua kali sehari, membantu menurunkan berat badan.
3) Menyihatkan Rambut – Jus tomato yang dilumurkan pada rambut akan membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan bermaya.
4) Mencerahkan Kulit Yang Kusam – Kandungan vitamin A dan C dalam tomato mampu mencerahkan kulit yang kusam.
5) Menghilangkan Kelemumur – Sapukan tomato pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas. Jika diamalkan selalu, masalah kelemumur akan hilang.
cr: Wikipedia,http://www.puterikasih.com/ dan http://haley-greenhorizon.blogspot.com/



No comments:

Post a Comment