Pokok Kaduk



Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Daunnya menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah.
Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.

PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN

Daun kaduk diguna dalam ubat-ubatan tradisional di Asia. Analisa kimia menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin. Amides dari buah pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosis dan anti-plasmodial. Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot. Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, Keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis). Ia dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C. Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria. Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.

KHASIAT DAUN KADUK
Merawat:
  1. sembelit
  2. sakit gigi
  3. demam malaria
  4. lemah dan sakit dalam tulang
  5. Panau
  6. Melawaskan kencing
  7. melegakan batuk dan selsema
  8. cacing dalam perut

PENGGUNAAN DALAM MASAKAN
Daun kaduk biasanya dijualsecara ikatan dan dimakan secara ulaman. 
• Dalam masakan Thai (Thai cuisine), daun kaduk digunakan sebagai pembalut miang-kham, sejenis makanan ringan (snek) tradisional, ia juga merupakan salah satu daripada bahan untuk kari Kaeng-khae dari Thailand Utara.
 • Dalam masakan Laos (Laotian cuisine), ia adalah sebahagian daripada ramuan salad.
 • Dalam masakan Melayu (Malay cuisine), ia diracik untuk dimakan sebagai ulaman, jenis salad orang Melayu.

credit: herbadantumbuhan.blogspot.com
           ensiklopedia bebas

No comments:

Post a Comment