Pokok Cili


Pokok Cili

  Cili (nama saintifik Capsicum spp.) ialah sejenis sayuran berbuah daripada famili Solanaceae. Ia dipercayai berasal dari Mexico danAmerika Selatan dan telah ditanam secara meluas serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika. Ia terdiri daripada pelbagaispesis dan varieti. Namanya berasal dari bahasa Nahuatl melalui terbitan perkataan bahasa Sepanyol Chile. Ia juga dikenali sebagailada (Malaysia Pantai Timur) dan cabai (Malaysia Utara) serta meriam lada secupak
Nama Lada juga merupakan asas kepada nama rempah lada hitam dan lada putih kerana rasa pedasnya, walaupun ia adalah spesis yang berlainan sama sekali. Di Malaysia, kebanyakan cili ditanam di kawasan tanah rendah.  

Sejarah

Cili adalah salah satu dari makanan yang telah menjadi keperluan dan kesukaan manusia. Memakan cili telah menjadi suatu diet bagi masyarakat Amerika sejak 7500 tahun lalu sebelum Masihi. Terdapat bukti tapak penemuan arkeologi yang terletak di barat daya Ecuador yang menjadikan cili sebagai makanan sejak 600 tahun lalu, dan ia merupakan salah satu dari kawasan penanaman cili yang terpenting di benua Amerika pada ketika itu sebagai ladang cili.

Marfologi cili

Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada kultivar cili), dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar). Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus memanjang. Biji cili berwarna kuning dengan berat 3.5-5.0 g/1,000 biji.

Pendebungaan cili adalah secara persenyawaan sendiri. Walaupun begitu 30% dari bunga cili akan berlaku persenyawaan silang juga.

Varieti

Terdapat pelbagai jenis varieti cili di Malaysia yang kebanyakannya digunakan dalam bahan masakan. Cili besar dan cili kecil (juga dikenali sebagai cili api atau cili burung) adalah antaranya.

Kultivar cili

Terdapat beberapa kultivar cili (Capsicum annum Lin) yang ditanam di Malaysia seperti MC 11, MC 12, Bangi, Kulai dan jenis hibrid. Jenis kulai adalah di antara yang popular ditanam kerana ketahanan pada penyakit, hasil yang sederhana tinggi dan rasanya pedas disukai ramai.

Bunga Pokok Cili

Khasiat pokok cili

Daun Pokok Cili Padi
Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.
Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.
Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih..


Akar Pokok Cili Padi
Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.
Petuanya - anda ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.





               Credit: http://ms.wikipedia.org, http://petuasejagat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment